Sudah-sudahlah kisah Yasmin Salam.
Setiap hari selepas daripada kematian Pengarah Yasmin cerita berkenaan beliau saban hari terpapar di dada media cetak dan internet.
Untuk apa pujian yang melampau-lampau ini disiarkan di dalam akhbar? Apa kebaikan dan kelebihan di atas pujian yang melampau ini?
Apakah ada pujian bagi Allahyarham Ustaz Asri Rabbani yang baru saja meninggalkan kita Mungkin hanya beliau ini menceburkan diri dalam bidang seni nasyid dan dakwah maka dengan itu lah beliau tidak mendapat pujian sepertimana Pengarah Yasmin. Wallahualam.
Sumbangan beliau hanya saja kepada seni tetapi kita telah mengambil hak Allah s.w.t meletakkan beliau tinggi lebih daripada tempat yang sebenarnya.Kita menerima kelebihan dan kekurangan yasmin tetapi melebih-lebih dalam pujian akan mewujudkan unsur pendewaan.
Buat keluarga Yasmin saya tinggalkan Ayat-AlQuran ini sekadar peringatan bersama InsyaAllah. "Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.
Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40) "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU"(89: 27-30)