Maiza: Saya nak orang nilai suara saya dulu.


Maiza ketika merakamkan lagu di salah sebuah studio di Ampang pada 2 September lalu.
HAJAT untuk menyertai dunia nyanyian nampaknya berhasil jua apabila Maizawati Zainal telahpun mula memasuki studio untuk merakam lagu dua hari lalu.


Setelah 20 tahun meninggalkan aktiviti nyanyian, Maizawati atau Maiza kembali mengalunkan lagu yang sememangnya diminati sejak kecil lagi.


Maiza sedang menjalani proses rakaman dua buah lagu berjudul ‘Ketentuan’ manakala sebuah lagu raya yang belum diberikan tajuk.


“Lagu ‘Ketentuan’ lebih berkonsepkan ketuhanan manakala sebuah lagimerupakan lagu raya.
“Lirik lagu ‘Ketuhanan’ ditulis oleh saya dan Ameer Soekre Ishak, pengasas Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) manakala lagunya digubaholeh komposer dan produser Zairul Addry yang sebelum ini banyakmembuat lagu untuk band indie.


“Semalam saya baru merakamkan lagu raya secara beramai-ramai melibatkan penyanyi yang tidak dikenali dan rakaman lagu ‘Ketentuan’ akan dinyanyikan secara solo sebelum ia dilancarkan pada 11 Septemberini,” ujarnya dalam nada teruja.


Bercerita mengenai pengalaman pertamanya merakamkan lagu, Maiza berkata proses rakaman itu berlaku secara berperingkat-peringkat.


“Semalam (2 September), rakaman lagu itu berlangsung selama tiga jam dan malam ini (3 September), kami akan menyambung rakaman lagu raya yang belum selesai itu.


“Saya rasa penat juga buat rakaman lagu ni sebab ia melibatkan ramai orang. Kalau ada yang tak kena, saya kena ulang semula,” ceritanya mengenai lagu yang akan dimuatkan dalam sebuah album terbitan Runut Bunyi Events.


Menyanyi untuk lepas geram?


Seperti yang diketahui, Maiza merupakan bekas isteri kepada penyanyidan penceramah bebas Akhil Hayy.


Walaupun pernah bersuamikan seorang penyanyi, Maiza berkata bekassuaminya itu tidak pernah membimbingnya dalam bidang nyanyian.


“Selepas berkahwin, saya ada juga berkaraoke dengannya di rumah hanyasuka-suka sekadar untuk berhibur. Dia tahu saya suka menyanyi tetapi tidak galakkan saya ceburi bidang nyanyian.


“Jadi, sekarang bila ada peluang saya nyanyi sahaja,” ujarnya yangmerakamkan lagu di sebuah studio di Ampang.


Tambahnya, “Saya tidak mahu terlalu serius dalam bidang ini dan lebih suka menjadikan bisnes sebagai keutamaan saya.


“Nyanyian ini setakat hobi sahaja kerana saya memang minat menyanyi dari kecil. Layak ke untuk saya bergelar seorang penyanyi? Saya nak orang nilai suara saya dahulu.”


Nada suara tinggi


Ditanya kepadanya tentang bagaimana dia boleh menerima tawaran untuk menyanyi dua buah lagu itu, Maiza berkata segala urusan dilakukan oleh pihak YPN.
“Produser Zairul memaklumkan kepada YPN yang dia mempunyai lagu dan selepas itu terus berminat untuk saya menyanyikan lagu itu.


“Zairul kata saya boleh menyanyi lepas melihat saya dan mendengar suara saya,” jelasnya yang turut mengidam untuk menerbitkan album penuh secara sendiri selepas ini
Dulu juruhebah, kini jurunikah
Oleh MUZLINA ABU BAKARmuzlina.bakar@utusan.com.my

HELAN Abu (kanan) ketika menikahkan pengantin, Asri Dahalan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Selangor minggu lalu.

TATKALA mata penulis liar mencari personaliti yang ingin ditemui, tiba-tiba pandangan terpaku kepada seorang lelaki yang sedang khusyuk menunaikan solat sunat masjid berhadapan mimbar di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Selangor.

Selesai memberikan salam, dengan pakaian hitam sedondon - bersongkok, berbaju Melayu hitam dan songket hitam, lelaki berusia lebih setengah abad itu bangun dengan tenang mencapai briefcase hitamnya.


Satu demi satu, borang dan buku dikeluarkan daripada begnya dan diatur di atas rehal.
Kemudian dengan tenang dan berhati-hati memeriksa mikrofon, sambil menunggu pasangan pengantin yang akan dinikahkah petang itu.


Walaupun lelaki berusia itu kelihatan berbeza berbanding zaman mudanya dulu, tetapi bagi mereka yang pernah mengikuti rancangan Bakat TV 1971 pasti mengenalinya.
Jika dulu, dia popular sebagai juruhebah, pembaca berita, pengacara rancangan, pengarah drama dan hiburan, dan kelihatan gah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran sebelum bersara pada 1998, namun kewibawaannya masih terserlah.
Tepat pada pukul 3.30 petang, suara 'lelakinya' memecah sepi ruang masjid tatkala membacakan lafaz nikah untuk pasangan pengantin, Asri Dahalan, 28, dan Amirah Che Zakaria, 27.
Bagaimanapun, tatkala pengantin lelaki melafazkan penyerahan mas kahwin dan lafaz penerimaan mas kahwin oleh pengantin perempuan, tiba-tiba seorang tetamu yang hadir menyedari jurunikah berkenaan sambil bertanya kepada penulis.
"Jurunikah itu dulu orang RTM kan,?" tanya tetamu pengantin lelaki.


Setelah penulis mengiakan teka-teki itu, sambil ketawa kecil si tetamu wanita itu berkata:
"Patutlah lafaz penyerahan dan penerimaan mas kahwin macam skrip drama TV. Rupa-rupanya orang RTM. Cantik dan menarik sungguh bait-bait ayatnya," kata wanita berkenaan sebaik sahaja selesai majlis tersebut.


Jurunikah yang dimaksudkan itu ialah Mohd. Helan Abu, 66, atau lebih dikenali Helan Abu, iaitu satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang penyiaran terutama dalam menerbitkan rancangan hiburan dan drama di RTM sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.
Tetapi itu adalah cerita 38 tahun dahulu, ketika Helan Abu menjadi salah seorang kakitangan RTM dengan jawatan akhirnya Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran sebelum bersara pada 1998.


Bagaimanapun, sejak 2003, Helan yang juga suami kepada Khatijah Churaimi, 63, lebih selesa duduk di rumah selain menjadi Penolong Pendaftar Nikah setelah ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.


Ayah kepada Mohd. Helme, 39, Mohd. Herie, 35, Mohd. Hezle, 34, Mohd. Hefze, 27, Siti Herne, 21, dan datuk kepada tujuh orang cucu ini ketika ditanya mengenai tugas barunya itu, berkata:
"Walaupun sebelum ini saya pernah memegang pelbagai jawatan, tetapi tugas sebagai jurunikah ini begitu mulia. Sebabnya melalui tugas ini saya dapat menghalalkan yang haram."
Sepanjang lima tahun diamanahkan dengan tugas itu, Helan sehingga kini telah menikahkan lebih daripada 100 pasangan termasuklah dari Amerika Syarikat, Britain, Australia, Kanada, Pakistan, Somalia dan India.


"Keseronokan menjalankan tugas ini berbeza daripada keseronokan ketika di RTM. Selalunya selepas menikahkan pasangan pengantin, saya dapat rasakan seolah-olah beban di kepala saya hilang tiba-tiba.
"Bayangkan, mereka yang kita nikahkah sebelum ini melalui pelbagai fasa sebelum mengambil keputusan bernikah.


"Selepas ijab kabul, tiada apa yang merunsingkan pasangan dan Alhamdulillah kebanyakan pasangan yang saya jumpa sudahpun beranak pinak," cerita Helan ketika ditemui selepas majlis pernikahan Asri Dahalan dan Amirah Che Zakaria baru-baru ini.
Sebelum dilantik sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Helan yang merupakan seorang daripada lima calon terpaksa melalui peperiksaan untuk melayakkan diri.
Antaranya ujian bertulis di samping membaca ayat-ayat suci al-Quran yang dinilai bacaannya daripada segi tajwid, balaghah, harakat dan fasaha.
Kini walaupun sudah ditauliahkan, dan telah mengikuti lebih daripada 30 kursus agama yang dikendalikan JAIS, Helan masih mengikuti kursus yang diadakan dari semasa ke semasa.


Saat kegemilangannya

Bercakap mengenai saat kegemilangannya di RTM, Helan Abu yang pernah dianugerahkan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang DiPertuan Agong mengakui, banyak kenangan manis yang pernah diraihnya.


"Sepanjang menceburi bidang penyiaran, tahun 1977 mencatatkan kenangan manis dalam hidup saya kerana tiga buah drama arahan saya Pincang, Condong dan Hujan dicalonkan pada Anugerah Seri Angkasa '77 (ASA 77)," katanya mengimbas kenangan silam.
Pincang benar-benar meninggalkan kenangan manis kepada Helan apabila ia memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Menara Condong pula memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Sidek Hussin dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Nuri Angkasa.


Drama Hujan memenangi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Iskandar Dzulkarnain dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Noraini Hashim.
Selain itu, Helan juga bertindak sebagai penerbit drama PJ yang mana konsepnya seperti soap opera popular pada tahun 1980-an iaitu Dallas dan Dynasty.
"Drama 10 episod itu diarahkan oleh Yassin Salleh dan memang mendapat sambutan kerana ia memaparkan realiti kehidupan golongan korporat dan elit. Bagaimanapun, selepas 10 episod ia dihentikan," cerita Helan.


Bagaimanapun, ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, sesuatu yang tidak boleh dilupakan apabila RTM diheret ke mahkamah kerana sebuah soap opera yang ditayangkan di stesen itu.


"Drama itu memang sudah dibeli oleh RTM tetapi bayaran hanya akan dibuat setelah ditayangkan. Namun kerana arahan seseorang, pihak RTM tidak menayangkan siri tersebut.
"Namun, apabila mendapat tahu pihak pembekal akan mengambil tindakan undang-undang, RTM menayangkan siri itu.


Titik hitam

"Sayangnya baru episod ke-66 daripada 200 episod ditayangkan, kami mendapat perintah dihentikan kerana pembekal mengambil tindakan mahkamah. Akhirnya apabila tamat perbicaraan mereka menang dan mendapat ganti rugi," cerita Helan tatkala menyingkap titik hitam yang tidak boleh dilupakan.
Selain drama, Helan juga pernah menerbitkan Hiburan Minggu Ini (HMI), yang memang diminati kerana hiburan yang ditampilkan bukan setakat nyanyian sahaja.
Sebaliknya, Helan menampilkan sisi lain seseorang penyanyi itu - bukan setakat boleh menyanyi, malah berlakon, menari dan berlawak.


"Saya masih ingat, HMI yang saya terbitkan sekembalinya saya dari Sarawak setelah dua bulan ditugaskan di sana, ialah Sarena Hashim pada tahun 1976.
"Dalam program yang disiarkan setiap malam minggu itu, Sarena dengan suara manjanya bukan setakat menyanyi malah dia turut berlawak, berlakon dan juga menari.
"Enam minggu berturut-turut Sarena menjadi hos HMI itu dengan artis undangan istimewanya, allahyarham Biduan Negara, Puan Sri Saloma dan Seniwati Datin Saadiah.
"Memang HMI ketika itu menjadi satu rancangan yang dinantikan peminat hiburan. Lagipun ketika itu saluran TV tidak banyak begitu juga artis. Jadi kemunculan mereka memang sentiasa dinanti-nantikan," kata Helan yang bertindak sebagai penulis skrip, pengarah dan penerbit HMI berkenaan.


Menyingkap penglibatan awalnya di RTM, Helan memulakan kerjayanya sebagai juruhebah radio pada awal 1970an.


Selain itu beliau juga mengendalikan program era pop yeh yeh seperti Gelanggang, Irama Rancak, Muzik Muda Mudi dan Temasya Muda Mudi.
Selain tugas rutinnya, Helan juga ditugaskan membaca berita, penyampai rancangan dan berlakon drama.


Bakat dan kebolehannya dalam bidang penerbitan membuatkan beliau berpeluang mengikuti pelbagai kursus penyiaran antaranya kursus penerbitan TV di BBC, London, kursus penyiaran di Amerika Syarikat, kursus penyiar kanan di Kanada.


Selepas bersara kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang penyiaran, Helan dilantik menjadi jururunding kepada syarikat penerbitan Jutaria Sdn. Bhd., pada tahun 1999 yang menerbitkan rancangan-rancangan animasi seperti Sang Wira, Badang, Rimba dan Jurnal Perubatan.


Selepas empat tahun bersama Jutaria, Helan bekerja dengan Konsortium Telemal Sdn. Bhd., yang dianggotai oleh lapan buah syarikat penerbitan dengan mengeluarkan 300 jam program TV setahun sehingga 2007.












Akhil Hayy Dan Waheeda selamat diijabkabulAkhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

Akhil – Waheeda selamat diijabkabul
HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

“Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.


“Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

“Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

“Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

“Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak,” kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.


“Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

“Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini,” ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.

(dari kiri)Abdul Wahab Yusof (bapa Waheeda), Asri Othman (bapa Waheeda) Akhil, Waheeda dan ibu Akhil, Azizah Daud
Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

“Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena.”

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

“Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

“Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak,” kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

“Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan,” katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara ‘rahsia’.

“Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

“Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu,” katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya.

Mstar
Waheeda dan Ustaz Haykhil Selamat Diijabkabulkan


HULU SELANGOR: Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuatspekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akan dinikahkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, di sini, hari ini.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
Sudah-sudahlah kisah Yasmin Salam.

Setiap hari selepas daripada kematian Pengarah Yasmin cerita berkenaan beliau saban hari terpapar di dada media cetak dan internet.

Untuk apa pujian yang melampau-lampau ini disiarkan di dalam akhbar? Apa kebaikan dan kelebihan di atas pujian yang melampau ini?

Apakah ada pujian bagi Allahyarham Ustaz Asri Rabbani yang baru saja meninggalkan kita Mungkin hanya beliau ini menceburkan diri dalam bidang seni nasyid dan dakwah maka dengan itu lah beliau tidak mendapat pujian sepertimana Pengarah Yasmin. Wallahualam.

Sumbangan beliau hanya saja kepada seni tetapi kita telah mengambil hak Allah s.w.t meletakkan beliau tinggi lebih daripada tempat yang sebenarnya.Kita menerima kelebihan dan kekurangan yasmin tetapi melebih-lebih dalam pujian akan mewujudkan unsur pendewaan.

Buat keluarga Yasmin saya tinggalkan Ayat-AlQuran ini sekadar peringatan bersama InsyaAllah. "Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40) "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU"(89: 27-30)
Gambar Jenazah Ustaz Asri pada saat akhir

PERGI tak kembali... meratapi pemergian arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggalkan kita untuk selamanya.


Suatu kehilangan yang besar buat kita semua dan pastinya yang amat meratapinya adalah isteri arwah, Haliza Shahadan, yang paling rapat dengannya.Haliza yang ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, menceritakan detik-detiknya bersama suami tercinta pada pagi sebelum arwah meninggal."Saya mulanya tak percaya... Yelah, arwah meninggal pada pukul 11.05 pagi, pukul 10 pagi tu saya masih bersama dia.



Masa tu dia memang nampak tak sihat, dia pun ada kata dia pening-pening."Arwah ada sakit gastrik, kencing manis dan gout, pagi tu dia cuma minum air madu dengan limau... Lepas tu dia ada muntah-muntah."Saya suruh dia berehat dulu... Tapi dia komited dengan kerja dan dia nak jugak pergi kerja.


"Bila dia dah keluar, dia sampai kat stesen minyak Mobil, dia telefon saya dia kata: "Ummi, tolong hantar Abi kat pejabat lah, Abi tak larat.""Saya kata saya tak kisah, jadi saya pun memandu sampai ke Mobil tu, lepas itu bawa kereta dia dan hantar dia sampai ke pejabatnya di Bukit Sentosa. Lepas tu dia ada singgah di Shell, dia masuk bilik air, lama jugak dia kat dalam tu, jadi saya pun pergi ketuk tanya dia ok ke tidak?, dia kata dia ok.

"Bila dia keluar dari tandas tu, dia suruh Azadan ambil barang-barang dia masukkan dalam van. Masa tu jelah saya sempat tengok wajah dia dan tak ada apa-apa berlaku ketika itu," kata Haliza.Namun, kesedihan Haliza tidak berakhir di situ sahaja, dia turut menceritakan kenangan manis antaranya dengan arwah pada malam sebelum arwah meninggal ketika mereka menghabiskan masa bersama berdua."Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia 'call' saya dia kata" Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?.


" Saya pun kata: "Ok lah, Ummi pun lapar...""Masa tu dia kata: "Mintak apa saja". Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami 'spend time' tengok tv bersama... Malam tu 'nice' sangat," kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.


Meskipun mempunyai waktu untuk bersama suami yang dicintainya, namun Haliza menyatakan dia masih rasa terkilan kerana tidak dapat memeluk suaminya itu dengan erat seperti biasa yang dilakukannya."Apa yang membuatkan saya terkilan adalah sebab saya tak dapat peluk dia dengan erat pada saat-saat akhir.


Selalunya memang kami mesra, selalu saya akan cium tangan dan peluk dia dengan erat."Cuma malam tu saya tahu dia penat, jadi saya cuma salam tangan dan cium pipi dia je," jelas Haliza yang mula menitiskan air mata.Haliza turut menceritakan pengorbanan arwah yang sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk bulan madu mereka semasa mengerjakan umrah selepas 16 tahun berkahwin.


"Saya tak sangka dia sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk satu bilik sebab nak berbulan madu semasa mengerjakan umrah."Bagaimanapun kami gembira sebab dapat berbulan madu dan mengerjakan umrah bersama," katanya.Diajukan soalan sama ada Haliza mempunyai perasaan cemburu sepanjang bersama suaminya, dia mengatakan dia sentiasa cemburu namun bersebab kerana ingin menjaga suaminya itu dengan baik dan mahu suaminya menjadi seorang ikon yang dihormati orang ramai.




"Cemburu saya bersebab, supaya dia menjadi ikon yang dihormati, saya tidak mahu suami saya jadi orang yang lupa daratan, sebab tu saya jaga dia sungguh-sungguh, bukan kerana cemburu tak tentu pasal tetapi saya nak orang hormat dia sebagai seorang ustaz yang baik, saya tidak mahu ada orang yang cakap belakang pasal sikap dia."Tapi kita hanya manusia biasa, kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita.


Kita tiada kelebihan untuk mengetahui hari esok, kalau kita tahu hari esok, pasti kita akan lebih bersedia."Sebab itu, kita kena menyintai seseorang dengan sepenuh hati kita, tak kira anak ke, suami ke kita kena cinta dengan sepenuh hati."Untuk arwah, saya memang cintakan dia sungguh-sungguh, sebab saya takut dia terpesong dalam dunia artis yang berbagai-bagai karenah ni," jelas Haliza yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah Ustaz Asri.


Bagaimanapun Haliza bersyukur terhadap Allah s.w.t kerana memberinya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangganya."Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap Allah kerana memberi saya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangga kerana ustaz sendiri banyak menghabiskan masa di luar dan selama itu saya sudah mula berdikari."Tapi lepas ini saya masih tidak tahu kerana saya hanya berserah pada keadaan dan ketentuan Allah," katanya.Sempat ditemui ketika itu adik kepada Ustaz Asri, Ustaz Ghazali Ibrahim yang tidak menyangka abangnya akan pergi dengan begitu cepat dan mengatakan Ustaz Asri antara yang begitu rapat dengannya.


"Saya begitu tak sangka, pagi tadi sewaktu sedang memberi ceramah, saya ada menerima panggilan masuk, tapi tidak menjawabnya, bila selesai ceramah, saya baca mesej yang mengatakan abang saya pengsan."Tak lama lepas tu, saya terima panggilan mengatakan abang saya dah meninggal dunia. Arwah antara yang paling rapat dengan saya, saya tidak tahu dia ada sebarang penyakit melainkan gout dan kencing manis.


"Kali terakhir saya jumpa dia sebulan yang lalu, tapi empat atau lima hari lepas saya ada bercakap telefon dengannya, pada masa tu saya dengar suara dia macam tak berapa sihat, saya ingat mungkin dia letih dan tidak bertanya banyak pada masa itu," kata Ustaz Ghazali.Pastinya pemergian Ustaz Asri merupakan satu kehilangan yang besar buat keluarganya, ahli kumpulan Rabbani, sahabat handainya dan semua yang mengenalinya.


Perginya tidak kembali lagi dan pasti sukar untuk dicari pengganti buat arwah Ustaz Asri yang selama ini memperjuangkan irama nasyid sehingga ke akhir hayatnya.

Sumbangan FIQ Online
Emma Watson nipple slip
Gadis sunti yang melakonkan watak Hermione Granger di’dalam filem terbaru Harry Potter and the Half-Blooded Prince (— tayangan Malaysia 16 Julai 2009) secara tidak sengaja telah terselak pakaiannya di London Premiere filem Harry Potter and the Half-Blooded Prince ketika ramai paparazzi sedang mengambil gambar menyebabkan gambar Emma Watson nampak seluar dalam tersebar di internet dan mendapat liputan gemilang di akhbar tanahair kita kelmarin. Lihat gambar pertama.
Kemudian semalam, paparazzi telah menyebarkan lagi
gambar-gambarnya yang hampir menampakkan puting ketika Emma Watson menaiki kereta untuk pulang ke rumah selepas menonton tayangan perdana Harry Potter and the Half-Blooded Prince di London Premiere.

Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.
Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.
Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.
Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.
Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.
Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.
Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.
Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.
Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.
Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah Asri.


Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.
Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.
Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.
Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.
Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.
Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.
Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.
Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia…Wajah Arwah Bersih, Tersenyum
Posted on Ogos 13, 2009 by syahrilkadir

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.
sementara itu sahabat aku, Ustaz Abdullah yang menziarahi arwah di hospital sebentar tadi sempat berkongsi pengalamannya ketika menatap wajah allahyarham
” Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.
Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.
Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.
“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-
“sahabat, selamat berehat”, “

Sharifah Sofia dan boyfreinds ??






Sheeda dan suami berposing

Penyanyi dangdut , Sheeda yang juga ibu kepada penyanyi Bienda berposing bersama suami tercinta, Sukri Hashim..






Paris Hilton-Doug Berciuman Mesra di Pulau Fiji

LOS ANGELES - Paris Hilton dan mantan pacarnya Doug Reinhardt dikabarkan kembali menjalin hubungan lagi setelah putus Juni lalu. Keduanya menghabiskan liburan romantis di Kepulauan Fiji.
Bahkan, dalam sebuah foto. Paris dan Doug berciuman mesra di pinggir pantai pulau Wadigi, Kepulauan Fiji.
Menurut sebuah sumber yang dekat dengan Paris, Doug telah menyewa sebuah pulau di Fiji hanya untuk mendapatkan Paris kembali ke pelukannya, sebagaimana dikutip okezone dari Hollyscoop, Rabu (12/8/2009).
“Dia melakukan cara-cara yang romantis untuk membuat Paris terkesan,” kata sumber tersebut.
Dalam twitternya, Doug memuji soal kepulauan Fiji sebagai tempat yang paling indah di dunia. “Pulau Wadigi di Fiji adalah tempat romantis yang sempurna, sangat pribadi dan indah,” katanya.
Hilton dalam twitternya juga memuji pulau Wadigi di Fiji, seakan menambahkan tulisan Doug. “Menyukai Pulau Wadigi, sebagai tempat yang menakjubkan untuk ditinggali. Itu adalah surga yang sesungguhnya. Ttempat yang sempurna untuk berlibur,” katanya.
Dikabarkan Hilton menutup rapat kembalinya hubungan keduanya, pasalnya keluarga Paris tidak menyukai hubungan keduanya.
“Aku pikir Paris membutuhkan pria yang lebih dewasa, lebih tua dan punya pemikiran sendiri,” kata ibunda Paris, Kathy.
Transformasi Artis Jejaka Malaysia

Transformasi ini hanyalah untuk teater Patung Kertas musim ke-2. Ramai lagi artis jejaka Malaysia melalui proses transformasi menyusul di’bawah.





Kenapa saya pilih lelaki Inggeris?
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMATsuzana.rajahamat@kosmo.com.my


Dua bulan lepas dia dah lamar saya, tapi bukan dalam acara peminangan yang lazim dilakukan, kami dah bertunang sendiri-sendiri

LELAKI Inggeris asalnya bukan antara kriteria lelaki idaman yang bermain di
fikiran Serina. Apa pun, kata anak dara Chef Wan itu, dia lebih tertarik dengan lelaki Melayu untuk dijadikan buah hati.
Bagaimanapun, jika benar lelaki Inggeris sudah tersurat sebagai jodoh buatnya, Serina sepenuh hati menerima kehadiran jejaka berasal dari London, England, Gavin Edward O' Luanaigh sebagai bakal insan bergelar suaminya. Mereka bakal disatukan sebagai suami isteri menjelang 1 Januari 2010.
"Sebelum ini, minat saya lebih kepada lelaki Melayu, sebab itulah bila Salahuddin (nama Islam bakal suaminya) beria-ria ajak bersembang, saya buat biasa-biasa sahaja. Saya tak minat. Lagipun saya baru putus cinta ketika itu, malas nak melayan mana-mana lelaki.
"Dia minta nombor telefon saya tapi enggan berikan sebaliknya saya berdalih, saya minta nombor telefonnya dan berjanji, saya yang akan hubungi dia nanti," luah Serina membuka cerita bagaimana bertautnya cinta terhadap pemuda Inggeris yang telah menukar nama kepada Salahuddin Ghaffar, 34.
Sempat merahsiakan statusnya sebagai artis, Serina hanya memperkenalkan dirinya sebagai pelajar dan menyedari mat salleh di
Malaysia bukannya mengambil tahu perkembangan seni tempatan.
Seminggu selepas kad nama pemuda itu tersimpan dalam kocek seluarnya, barulah Serina terniat untuk menelefon Salahuddin, itupun setelah secara tidak sengaja kad nama Salahuddin terjatuh ketika pakaian-pakaian kotornya hendak dicuci.
"Kami keluar minum dan masa itu juga saya berterus-terang tentang karier saya. Dia terkejut tapi awal-awal lagi sudah mengagak bahawa saya bukan pelajar sebalik bekerja sebagai model. Bila saya kata saya pelakon, dia mula buat kajian, cari dalam Intenet dan jumpa banyak benda termasuklah gambar-gambar lama saya bersama kekasih sebelum ini.
"Terpaksalah saya berterus-terang tapi semua itu sudah berlalu dan Salahuddin menerima saya seadanya. Selepas berkawan dengannya, persepsi saya terhadap pemuda Inggeris berubah. Dia sama sahaja macam kita semua, semua bangsa sama sahaja. Cuma mungkin dia terlebih romantik sikit," luah Serina kini sibuk di lokasi penggambaran Akademi Polis musim kelima serta Roda-Roda KL musim ketiga.
Menambahkan keyakinan Serina terhadap Salahuddin, pemuda itu sebenarnya sudah memeluk Islam setahun sebelum mereka berkenalan. Salahuddin sendiri sudah lebih lapan tahun tinggal di Malaysia dan minat mendekati ajaran Islam seperti solat dan membaca al-Quran.

KELUARGA bahagia Chef Riz, Chef Wan dan Serina dalam satu sidang media program The 3rd Chocolate Cake Championship di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Enam bulan bersahabat, Salahuddin menyuarakan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius sementelah dalam masa yang sama, Serina memang mengimpikan lelaki yang serius dalam komitmen gara-gara dua kali gagal dalam hubungan sebelum ini.
Di mata Serina, Salahuddin yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Football Focus Sdn. Bhd. itu juga berjaya mengembalikan sifat kewanitaan yang selama ini terperosok jauh dalam dirinya.
"Orang nampak saya sebagai perempuan yang lasak, boleh berdikari, boleh angkat bagasi sendiri tapi dia buat saya rasa seronok jadi perempuan, dia layan dan hormati saya sebagai seorang wanita.
"Dia juga bukan jenis cepat mengeluh atau merungut jika saya selalu sibuk dengan jadual penggambaran, kadang-kadang sebulan kami tidak bertemu, tapi dia okey dan selalu bagi semangat," jelas Serina tentang sikap Salahuddin yang membuatkan mereka selesa dan sepakat untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Berkongsi minat yang sama, Serina gemarkan aktiviti lasak serta bermain futsal manakala Salahuddin pula tidak sah jika tidak ke padang bermain bola sepak. Jarang bersosial juga antara faktor kenapa pemuda itu yang membuatkan Serina mudah ditawan tatkala sebentuk cincin disarungkan ke jarinya.
"Dua bulan lepas dia dah lamar saya, tapi bukan dalam acara peminangan yang lazim dilakukan, kami dah bertunang sendiri-sendiri," getus Serina yang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan dalam taman menjelang hari bahagianya kelak.
Mengikut perancangan, sebuah majlis berinai besar akan dilangsungkan pada 31 Disember dan upacara akad nikah akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 Januari nanti. Majlis resepsi pula dijadualkan pada 2 Januari bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Serina ditemui pada sidang akhbar The 3rd Chocolate Cake Championship di Alexis Bistro, Jalan Ampang, baru-baru ini. Hadir sama, bapanya, Chef Wan yang juga ketua juri pada pertandingan itu. Abangnya, Chef Riz pula turut terlibat sebagai chef undangan.
Bercakap tentang restu dan sokongan keluarga terutama Chef Wan sendiri yang terkenal cerewet dalam soal memilih menantu. Kata Serina, itu semua ditanggung beres.
BIARPUN hubungan cintanya pernah mendapat halangan Chef Wan, Serina mengakui restu bapanya penting dalam kebahagian rumah tangganya.



Bahkan untuk majlis resepsi nanti, 80 peratus bajet dan persediaan perkahwinannya ditanggung dan akan diuruskan oleh Chef Wan.
Ditanya perasaan Chef Wan yang akhirnya akan bermenantukan 'mat salleh', tukang masak popular yang baru sahaja diiktiraf sebagai Selebriti Chef Terbaik Dunia di Gourmans Award 2009, ada jawapan tersendiri.
"Sebenarnya saya tak kisah siapapun yang kahwin dengan anak saya, jadi menantu saya asalkan orang itu bukan 'hantu'. Saya cakap dengan Rina (Serina), kahwinlah dengan siapa yang dia suka, dengan pemandu teksipun saya tak kisah asalkan mereka genbira, dapat suami bertanggungjawab dan yang paling penting hormat hak isteri.
"Dengan Salahuddin, saya tiada masalah. Lagipun dia jenis otak bisnes, jadi kami boleh bersembang banyak benda. Dia minat sukan, si Rina pun macam tu juga, satu lagi, bukan Rina puncanya dia masuk Islam. Dari situ saya nampak kecenderungan dia," ujar Chef Wan.
Tidak berhajat untuk meraikan satu-satunya anak perempuannya dalam satu majlis besar-besaran, kata Chef Wan: "Cukuplah buat secara sederhana tapi meriah dengan kehadiran saudara dan kenalan terdekat.
"Bagi saya majlis perkahwinan tidak perlu jadi sarkas. Saya tak nak buat besar-besaran, tak nak membazir. Biarlah orang kata saya kedekut dan berkira walaupun hanya ada seorang anak perempuan. Daripada membazir lebih baik sedekahkan duit kepada orang yang kurang bernasib baik, anak yatim atau saudara-mara yang memerlukan," kata Chef Wan lagi. SERINA tampil lebih feminin sejak mengikat cinta.

Mahukan yang terbaik untuk Serina, Chef Wan prihatin bukan sahaja mengenai juadah yang bakal dihidangkan kepada tetamu menjelang majlis resepsi nanti tetapi begitu juga dengan jumlah wang hantaran yang bakal diberikan oleh pihak pengantin lelaki.
Hasil persetujuan bersama dan saranan Chef Wan, pihak lelaki telah bersetuju akan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30,000 dengan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan pada majlis pernikahan nanti.
Kata Chef Wan: "Saya pula yang terlebih bersemangat dengan majlis itu nanti. Setakat ini, sudah 30 peratus yang dibereskan. Untuk majlis persandingan, Datuk Faridah Hashim dah bersetuju untuk reka konsep persandingan dalam taman seperti yang dimahukan oleh Rina."
Akhil Kurang Setuju Tindakan Maizawati


Selepas bercerai, Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, membawa haluan masing-masing. Akhil meneruskan cita-citanya sebagai penyanyi dan pendakwah bebas manakala Maizawati pula aktif dalam pertubuhan wanita serta menjadi duta produk.Ketika muncul dalam program raya khas terbitan Astro Oasis, baru-baru ini, Murai Batu dimaklumkan bahawa Akhil sebenarnya kurang bersetuju apabila Maizawati dilantik menjadi duta produk. Katanya, ketika mereka berkahwin dulu, beberapa tawaran telah datang tetapi dia menolaknya kerana tidak mahu Maizawati terdedah kepada masyarakat. Jadi sebagai isteri, Maizawati pun akur dengan kehendak suaminya itu.Namun sebaik sahaja mereka bercerai, Maizawati telah dilamar beberapa pihak termasuk pertubuhan wanita untuk menjadi jurucakap mereka. Akhil berkata, bekas isterinya itu patut memaklumkan tawaran itu kepadanya terlebih dulu kerana mereka masih lagi dalam edah.

Tapi dari sudut lain, Akhil faham Maizawati mahu mencari rezeki untuk dirinya serta anak-anak dan berharap Maizawati akan bahagia dengan jalan yang telah dipilihnya itu.

Hiburan

IN PROGRESS MAKING OF BLOG